NatureVille Beauty & Health merupakan syarikat pengeluar produk kesihatan, kosmetik dan penjagaan kulit yang mana merupakan satu produk yang berkualiti dengan nilai yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

 Dengan adanya kesedaran dan keinginan orang ramai tentang pentingnya kesihatan dan kecantikan, ianya telah memberi dorongan syarikat ini untuk menawarkan jalan penyelesaian alternatif dalam mempertimbangkan kualiti hidup masa kini.

Kualiti adalah teras utama bagi pengeluaran produk-produk NatureVille, dengan itu syarikat kami sentiasa memastikan setiap produk yang dihasilkan mematuhi piawaian yang telah diluluskan oleh badan-badan berkaitan di Malaysia. Selain itu syarikat kami juga berharap agar perniagaan ini dapat menyumbangkan sesuatu yang besar terhadap masyarakat dengan hasil produk yang berkualiti dengan nilai yang mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Matlamat syarikat kami adalah menjadikan produk dan perkhidmatan kami ini sebagai sesuatu yang berkualiti dan pilihan utama kepada masyarakat.

SLOGAN

Sesuai dengan slogan produk NatureVille Beauty & Health  iaitu “Kurus Sihat Dan Anggun’ dimana syarikat kami cuba merialisasikan impian setiap wanita  yang menginginkan kecantikan serta keanggunan dalam penampilan. Kecantikan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Kecantikan itu aset dan keagungan setiap wanita.

0 comments:

Post a Comment